08 Julai 2010

Kopitiam Ghadir-Faisal Tehrani

Bersempena laman baru saya ini,saya ingin berkongsi pengalaman saya bersama seorang rakan saya pada hari Ahad yang lalu.Pada hari tersebut kami berdua bercadang untuk pergi ke Kuala Lumpur untuk menonton sebuah teater berunsurkan islamik yang bertajuk Kopitiam Ghadir.Teater ini diarahkan oleh saudara Faizal Musa atau lebih dikenali sebagai Faisal Tehrani di kalangan peminat novel.

Novelis ini memang mempunyai idea-idea yang bernas untuk mengajak umat Islam di Malaysia ini mengenal dengan lebih dalam apa itu Islam yang sebenar.Dengan teater Kopitiam Ghadir ini pengunjung dapat memahami tema sebenar yang disampaikan secara lucu tapi penuh manfaat.

Kami berdua adalah penonton yang terakhir sekali hadir memandangkan teater
sudah bermula tatkala kami tiba.Walaupun kawasan teater hanya mengambil penjuru
sudut di dalam Muzium Telekom tapi isi yang disampaikan cukup padat.Amat rugi
bagi rakan-rakan yang tidak berpeluang menonton teater tersebut.Sungguh mengesankan!

Terus-terang saya sendiri rasa seperti ingin mengalir air mata tatkala pelakon-
pelakon menyanyikan lagu-lagu dari Revolusi Pembudayaan Selawat(RPS) yang memuji
Ahlulbait.Memang sangat mendalam lirik-lirik lagunya.

Teater yang berunsurkan musikal ini memang sangat menarik sambil membawa penonton
mengenal Ahlulbait.Saya telahpun dilabel oleh seorang sahabat saya sebagai seorang Syiah kerana mendukung Ahlulbait dan pertahankan Syiah(saya seorang sunni).Saya bangga untuk mengaku saya sebahagian dari Syiah dan saya juga seorang sunni.Saya rasa amat bersyukur kerana karya-karya Faisal Tehranilah yang banyak membimbing saya mengenal Syiah dan juga rakan yang bersama saya ke teater ini.Mereka inilah yang banyak membantu.

Teater ini membawa penonton menyelami peristiwa Ghadir Khum dan mengingatkan kepada
keluarga Nabi,Ahlulbait dengan penyampaian hadis-hadis dari Sunan Tirmidzi dan Musnad Imam Ahmad.

Jikalau boleh saya berharap ada pihak yang boleh membawa Kopitiam Ghadir ini ke IB satu hari nanti.Memang di situlah sepatutnya teater ini dipentaskan.Terima Kasih juga kepada Faisal Tehranidan RPS serta krew beliau kerana berjaya menjayakan teater ini.

Wassalam.

2 ulasan:

MS.JENDOOLAH berkata...

salam

teringin nak tgk teater ni. tapi tak berkesempatan ;(

Muhammad Nazrin berkata...

salam..

lepas ini mungkin akan diusahakan untuk dibawa ke s.alam..