Salam semua..
Bersempena hari Jumaat penghulu segala hari ini,saya ingin berbicara tentang khutbah Jumaat tengah hari tadi.Khatib bersemangat berbicara tentang penyatuan umat Islam seluruh dunia.Saya rasa terpanggil dengan perkara ini memandangkan perkara ini telah lama saya bangkitkan dan bicarakan bersama sahabat-sahabat yang lain.Apabila mendengar khatib berkhutbah,terdetik dalam hati saya mengapa umat Islam perlu bermusuhan sesama sendiri?pertanyaan itu menjadi dilema buat umat Islam yang sedar kepentingan penyatuan ini.Bukanlah untuk menidakkan sebelah pihak tapi sedar atau tidak agenda wahabi telah berjaya mengaburi mata dan jiwa seluruh umat Islam.Wahabi secara jelas dan terang-terangan menentang penyatuan umat Islam ini.Atas alasan apa saya berkata sedemikian rupa?
Seperti yang kita semua tahu,wahabi sememangnya menentang penyatuan umat Islam ini kerana mereka dengan jelas cuba melaga-lagakan Syiah dan Sunni.Mengapa saya berkata sebegini?Wahabi adalah golongan yang membenci ahli keluarga Rasulullah S.A.W atau lebih mesra dengan gelaran Ahlulbait.Jadi mereka dengan agenda mereka untuk memusuhkan Syiah dengan Sunni,mengatakan Syiah itu kafir dan menyesatkan,mengagungkan Muawiyah yang sebenarnya merupakan dalang pembunuhan Imam Ali dan mengutuk Ahlulbait.Subhanallah.Sesungguhnya Imam mahdi juga adalah Ahlulbait,merupakan keturunan terakhir Rasulullah yang akan memimpin seluruh umat Islam di akhir zaman ini.Mengapa mereka ini boleh mempercayai kedatangan Imam Mahdi dan membenarkan kepimpinan Imam Mahdi di akhir zaman nanti walhal Imam Mahdi juga tergolong dalam Ahlulbait yang mereka tentang sekeras-kerasnya?Dari fakta ini kita boleh buat rumusan sendiri manakah pihak yang benar.
Kalau umat Islam seluruh dunia juga susah untuk bersatu disebabkan fitnah wahabi ini,bagaimana pula dengan keadaan umat Islam di negara kita?1Malaysia dipropagandakan untuk penyatuan bangsa di Malaysia mana pergi pula 1Islam di Malaysia untuk penyatuan umat Islam di negara kita ini? Pemimpin ligat dengan kepentingan politik masing-masing hinggakan agama juga turut dipolitikkan.Inilah dia Islam progresif,politik diasingkan dengan agama.Sepatutnya agama tidak boleh dipolitikkan tapi politik perlu diagamakan.Itu yang Rasulullah ajarkan kepada kita tapi mana pergi ajaran tersebut? Hilang entah ke mana semata-mata untuk kepentingan peribadi dan parti politik mereka.Subhanallah.Jauhnya kita meninggalkan ajaran Rasulullah tersebut.Inikah kita namakan negara Islam? Rasanya jauh sekali untuk itu.
Jadi kita fikirlah sendiri tentang penyatuan ini.Palestina masih lagi menangis,Islam perlu bersatu!Syiah dan Sunni perlu bersatu!Lupakan kepentingan peribadi tapi pentingkan agama itu yang utama. Saat Islam itu bersatu puak kuffar pasti takut dan itulah tanda kebangkitan Islam yang kami di sini tunggukan. Bangkitlah Islam!
Sesungguhnya anasir jahat itu sentiasa ada untuk memecahbelahkan Islam. Ahlulbait menjadi mangsa,Islam pula ternoda,umat pula semakian alpa maka rosak binasa iman di dada.
Moga Allah kurniakan hidayah. InsyaAllah.
p/s : tema bola sepak masih lagi ada dan semakin menggila bila Belanda bertemu Sepanyol.=)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan