16 Ogos 2010

The New World Order : Siapakah Di Sebalik Konspirasi Jahat Itu? (Part 2)

The Jason Society, Iluminati & Nuklear

Objektif golongan ini adalah untuk menguasai setiap orang yang berada di atas muka bumi ini secara menyeluruh (total). Mereka juga bermatlamat untuk mengurangkan populasi pendudukan manusia di bumi supaya setiap pergerakan dan perlakuan seseorang individu itu mudah untuk dikawal. Pada tahun 1957, satu symposium telah diadakan dalam usaha mereka membincangkan perkara-perkara yang perlu dilakukan supaya objektif dan matlamat mereka ini dapat membuahkan hasil. Melalui symposium ini, satu kumpulan intelektual telah dibentuk, yang bertujuan untuk menganalisa perbincangan yang telah dibuat. Kumpulan ini dikenali sebagai The JASON Society, dimana pada dasarnya kumpulan ini terdiri daripada kelompok rahsia Illuminati ini. Daripada 3 usul yang dibangkitkan, 2 daripadanya telah diterima. Satu lagi usul tidak diterima kerana ianya melibatkan penggunaan senjata nuklear.

Maka, apa yang dapat disimpulkan? Jika golongan ini adalah golongan yang mahu membawa perubahan yang positif kepada masyarakat dunia, kenapa perlunya ada penggunaan senjata nuklear? Kenapa perlunya mengurangkan populasi dunia semata-mata untuk mengawal seorang individu? Kita perlu juga mengetahui, bahawa matlamat mereka untuk mengawal pergerakan individu tidak mustahil, dengan izin Allah SWT dan penggunaan satelit.

Satelit komunikasi adalah proses dimana isyarat radio dipindahkan kepada satelit yang berada di luar bumi. Kemudian, isyarat tersebut akan di hantar ke stesen yang berada di atas muka bumi, ataupun ke satelit yang lain untuk pemindahan isyarat yang seterusnya. Komunikasi ini tidak melibatkan wayar, menara mahupun alatan yang lain, kerana yang perlu adalah alat untuk menghantar (transmitter) dan menerima (receiver).
Dunia Palestina tidak pernah sunyi daripada disebut-sebut dari dahulu hinggalah ke saat ini. Lipatan sejarah dan apa yang kelak berlaku di bumi Palestina telah pun dirakamkan oleh Allah SWT di dalam kalam-Nya yang benar lagi membenarkan. Kaum kuffar tidak jemu-jemu melancarkan fitnah terhadap dunia Islam, kononnya umat Islam adalah pengganas. Label pengganas tersebut menjadi lesen bagi mereka untuk menghalalkan darah kaum muslim terutamanya di bumi Palestina di mana kaum muslim telah lama menanggung penderitaan sejak 1948.

Kaum Yahudi tanpa jemu, giat melenyapkan Palestina sebagai bumi umat Islam di peta dunia. Lihatlah dunia hari ini, adakah nama Palestina ditulis di atas atlas-atlas yang dijual di kedai-kedai? Sebaliknya, negara haram Israel tertera di atlas-atlas tersebut. Apa yang menyedihkan, negara pengganas Israel hanyalah sebesar gelang yang mempunyai kepadatan penduduk seramai 7.5 juta orang sahaja. Namun tiada satu negara Arab pun yang menghantar bala tentera mereka untuk mencabut kekuasaan pengganas Israel di bumi suci Palestina. Sebaliknya, menghantar wakil-wakil mereka untuk melakukan antara pemuka-pemuka Islam yang bacul dengan pemuka-pemuka Yahudi yang terang-terang pendusta. Dari dahulu hingga kini, apakah natijah rundingan-rundingan ini?

Natijahnya tidak lebih daripada menghabiskan wang ke sana ke mari, membuang air liur, dan menjadi panggung wayang bagi kaum kuffar sedunia untuk bergelak ketawa melihat gelagat pemuka Islam yang pengecut. Mengapakah masalah ini berlarutan dari tahun 1948 sehingga kini? Masih tidak cukupkah masa untuk mencabut kekuasaan haram itu? Tidak tahukah kalian, wahai pemimpin, Khalifah Mu'tasim Billah hanya mengambil masa beberapa jam untuk menggerakkan bala tentera untuk menyerang kota Rom terkuat setelah seorang mukminah dipersenda oleh lelaki kafir?

Inilah budaya yang diterapkan oleh penjajah imperialis. Mereka sedaya-upaya menerapkan semangat nasionalism. Lihat, semangat nasionalis telah memisahkan tali silaturrahim kita bersama saudara kita di Palestina. Negara-negara Arab hanya mementingkan negara mereka sendiri sahaja. Apatah lagi negara-negara yang dipisahkan dengan ribuan kilometer jauh dari Palestina. Inilah dia semangat nasionalism!

Semangat nasionalism menjadi nadi kehancuran perpaduan kaum muslim! Sungguh, para pejuang nasionalis sudahpun tersesat dengan idea kapitalis yang rosak lagi merosakkan ini. Apa yang lebih menyedihkan lagi, ada juga pihak yang memandang masalah ini hanyalah masalah kaum Arab. Tidak cukup dengan itu, umat Islam di Palestina yang sememangnya terpisah dengan kaum muslim lain di serata dunia, dipisahkan lagi dengan sempadan Gaza dan Tebing Barat. Justeru, ramai pihak memandang bahawa Gaza-lah yang perlu diselamatkan kerana kawasan tersebut dikuasai oleh Hamas. Sungguh, mereka tertipu dengan semangat asobiyyah yang sesat lagi menyesatkan.

Ketahuilah, setiap inci dan penjuru Palestina wajib dibebaskan daripada genggaman Yahudi mahupun pihak berhaluan sekular (Fatah). Tiada hak bagi kaum kafir harbi Yahudi di bumi Palestine walaupun sejengkal! Hanya dengan mengerahkan bala tentera ke kawasan sebesar gelang itu dapat mencabut kekuasaan Yahudi di bumi Palestina dan ia merupakan tanggungjawab pemerintah! Wahai pemerintah yang mempunyai kuasa, apakah jawapan kalian untuk dakwaan-dakwaan umat Islam yang menderita ketika mereka mendakwa kalian di hadapan Allah kelak?! Sesungguhnya bumi Gaza, seluruh Palestina, dan bumi Islam yang lain sedang menunggu pembelaan daripada seorang Khalifah yang merupakan junnah (perisai) kepada ummat!

15 Ogos 2010

The New World Order : Siapakah Di Sebalik Konspirasi Jahat Itu?

"New World Order". Apakah yang terlintas di fikiran anda apabila melihat dan membaca frasa tersebut? ‘Pemerintahan dunia baru'. Apakah ianya sekadar ‘peralihan kuasa' daripada tampuk pemerintahan lama kepada yang baru?

Dunia Milik Golongan Elit

Berdasarkan rujukan, ‘new world order' adalah satu pemerintahan yang diorganisasikan oleh sebuah ‘kuasa' yang besar dan kuat. Pemerintahan ini melibatkan hubungan pertalian kekeluargaan, dimana kebanyakan mereka terdiri daripada orang-orang terkaya di dunia, pemimpin-pemimpin politik, dan tidak terkecuali Black Nobility of Europe. Black Nobility of Europe ini didominasi oleh pemerintahan monarki. Tidak dinafikan jika dilihat kembali, kebanyakan mereka ini terdiri daripada golongan elit. Golongan elit ini juga lebih dikenali sebagai "Illuminati". Apabila disebutkan ‘pertalian kekeluargaan', ini menunjukkan bahawa golongan ini telah lama wujud, iaitu sejak zaman nenek moyang kita dahulu lagi. Jadi, ini bermakna ‘new world order' ini bukanlah sesuatu yang baru, tetapi satu misi yang sudah lama di jalankan, dan ianya berlarutan sehingga kini. Ianya hanya akan ‘tamat', apabila agenda mereka tercapai.

P/S: Sambungan artikel ini akan di'post' pada esok hari. Ini sekadar mukadimah.

14 Ogos 2010

Tentang Ali, kenapa kami memanggilnya Imam

"Wahai Rasul,sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu daripada Tuhanmu. Dan jika kamu tidak kerjakan, bererti kamu tidak menyampaikan amanat-Nya" (Surah al-Maidah 5:67).



Sesungguhnya Jibra'il telah turun kepadaku sebanyak tiga kali memerintahkanku supaya menyampaikan perintah Tuhanku; supaya aku terus melaksanakannya. Aku pun mengisytiharkannya kepada semu peringkat; sama ada yang berkulit putih dan yang berkulit hitam bahawa sesungguhnya 'Ali bin Abi Talib a.s adalah saudaraku, wasiku, khalifahku dan imam selepasku di mana kedudukannya di sisiku samalah kedudukan Harun di sisi Musaselain dari kenabian kerana tiada nabi selepasku (Al-Bukhari, Sahih, Cairo 1348 H, III, hlm. 54 dalam "Kitab al-Maghazi" bab peperangan Tabuk; Muslim, Sahih, Cairo 1311 H, II ,hlm. 236 dan 237 dalam bab "Fadl al-Sahabah", bab Fadl 'Ali A.S.; Ahmad b. Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 98, 118 dan 119; Ibn Hajr al-'Asqalani, al-Isabah, II, hlm. 507.)



Wahai manusia adakah kalian mengetahui sesungguhnya Allah adalah maulaku, aku maula mukminin dan aku adalah lebih aula daripada diri mereka sendiri?



Mereka menjawab: Ya! wahai Rasulullah. Dia bersabda: Berdirilah wahai 'Ali, maka aku ('Ali)pun berdiri. Kemudian beliau bersabda: Siapa yang menjadikan aku maulanya, maka 'Ali adalah maulanya. Wahai Tuhanku! Hormatilah orang yang mewalikannya dan tentanglah orang yang bermusuhan dengannya.



- Teks di atas merupakan sebahagian teks khutbah Rasulullah saw di Ghadir Khum.



Selepas Rasulullah saw mengumumkan pelantikan Ali sebagai maula, maka turunlah ayat penyempurnaan iaitu Surah Al-Maidah ayat 3:



Pada hari ini Aku telah menyempurnakan untuk kalian agama kalian, telah mencukupkan atas kalian nikmat-Ku, dan telah meredhai Islam menjadi agama bagi kalian

10 Julai 2010

Bersatu Untuk Palestina!

Salam semua..

Hari ini saya nak cerita tentang apa pulak yek?

Ohh..teringat pulak surat khabar Metro semalam yang ada menulis tentang Presiden Iran selar AS sebagai diktator.Isu yang agak menarik untuk diperkatakan semua.Memang semua dah sedia maklum AS memanglah sebuah negara penindas.Penindasan dari segi apa? Semestinya yang saya ingin perkatakan adalah penindasan terhadap umat Islam.

Presiden Iran,Mahmoud Ahmadinejad menyelar AS dan Israel sebagai diktator dunia dan sepatutnya era diktator ini sudah berakhir.Perlu ada pihak yang menamatkan kezaliman mereka di muka bumi Allah ini.

"Kami akan menamatkan penderitaan rakyat Palestina.Mereka akan kembali ke tanah air mereka semula dan kami akan sama-sama meraikan kejayaan itu" jelas Presiden Iran itu lagi.

Saya dengan sukacitanya gembira untuk bersama beliau. Mungkin ada pihak yang rasa sangsi sebab mereka ini Syiah tapi saya memperjuangkan penyatuan Islam sedunia. Jadi perlukah saya membangkang? Tidak sama sekali! Saya bersama beliau dan rakyat Iran menegakkan kebenaran dan membebaskan Palestina dari kecaman Israel.Tidak perlu memandang mereka dari sisi Syiah atau Sunni. Mereka juga umat Islam seperti kita. Jadi mengapa kita perlu menentang mereka?

Sedarlah wahai umat Islam...kita ini di penghujung zaman. Fitnah dunia itu sentiasa melata untuk menghancurkan Islam.


p/s : Iran telah berjaya mencipta robot manusia. Sila rujuk laman blog Faisal Tehrani