10 Julai 2010

Bersatu Untuk Palestina!

Salam semua..

Hari ini saya nak cerita tentang apa pulak yek?

Ohh..teringat pulak surat khabar Metro semalam yang ada menulis tentang Presiden Iran selar AS sebagai diktator.Isu yang agak menarik untuk diperkatakan semua.Memang semua dah sedia maklum AS memanglah sebuah negara penindas.Penindasan dari segi apa? Semestinya yang saya ingin perkatakan adalah penindasan terhadap umat Islam.

Presiden Iran,Mahmoud Ahmadinejad menyelar AS dan Israel sebagai diktator dunia dan sepatutnya era diktator ini sudah berakhir.Perlu ada pihak yang menamatkan kezaliman mereka di muka bumi Allah ini.

"Kami akan menamatkan penderitaan rakyat Palestina.Mereka akan kembali ke tanah air mereka semula dan kami akan sama-sama meraikan kejayaan itu" jelas Presiden Iran itu lagi.

Saya dengan sukacitanya gembira untuk bersama beliau. Mungkin ada pihak yang rasa sangsi sebab mereka ini Syiah tapi saya memperjuangkan penyatuan Islam sedunia. Jadi perlukah saya membangkang? Tidak sama sekali! Saya bersama beliau dan rakyat Iran menegakkan kebenaran dan membebaskan Palestina dari kecaman Israel.Tidak perlu memandang mereka dari sisi Syiah atau Sunni. Mereka juga umat Islam seperti kita. Jadi mengapa kita perlu menentang mereka?

Sedarlah wahai umat Islam...kita ini di penghujung zaman. Fitnah dunia itu sentiasa melata untuk menghancurkan Islam.


p/s : Iran telah berjaya mencipta robot manusia. Sila rujuk laman blog Faisal Tehrani

09 Julai 2010

Penyatuan Umat Islam!

Salam semua..

Bersempena hari Jumaat penghulu segala hari ini,saya ingin berbicara tentang khutbah Jumaat tengah hari tadi.Khatib bersemangat berbicara tentang penyatuan umat Islam seluruh dunia.Saya rasa terpanggil dengan perkara ini memandangkan perkara ini telah lama saya bangkitkan dan bicarakan bersama sahabat-sahabat yang lain.Apabila mendengar khatib berkhutbah,terdetik dalam hati saya mengapa umat Islam perlu bermusuhan sesama sendiri?pertanyaan itu menjadi dilema buat umat Islam yang sedar kepentingan penyatuan ini.Bukanlah untuk menidakkan sebelah pihak tapi sedar atau tidak agenda wahabi telah berjaya mengaburi mata dan jiwa seluruh umat Islam.Wahabi secara jelas dan terang-terangan menentang penyatuan umat Islam ini.Atas alasan apa saya berkata sedemikian rupa?

Seperti yang kita semua tahu,wahabi sememangnya menentang penyatuan umat Islam ini kerana mereka dengan jelas cuba melaga-lagakan Syiah dan Sunni.Mengapa saya berkata sebegini?Wahabi adalah golongan yang membenci ahli keluarga Rasulullah S.A.W atau lebih mesra dengan gelaran Ahlulbait.Jadi mereka dengan agenda mereka untuk memusuhkan Syiah dengan Sunni,mengatakan Syiah itu kafir dan menyesatkan,mengagungkan Muawiyah yang sebenarnya merupakan dalang pembunuhan Imam Ali dan mengutuk Ahlulbait.Subhanallah.Sesungguhnya Imam mahdi juga adalah Ahlulbait,merupakan keturunan terakhir Rasulullah yang akan memimpin seluruh umat Islam di akhir zaman ini.Mengapa mereka ini boleh mempercayai kedatangan Imam Mahdi dan membenarkan kepimpinan Imam Mahdi di akhir zaman nanti walhal Imam Mahdi juga tergolong dalam Ahlulbait yang mereka tentang sekeras-kerasnya?Dari fakta ini kita boleh buat rumusan sendiri manakah pihak yang benar.

Kalau umat Islam seluruh dunia juga susah untuk bersatu disebabkan fitnah wahabi ini,bagaimana pula dengan keadaan umat Islam di negara kita?1Malaysia dipropagandakan untuk penyatuan bangsa di Malaysia mana pergi pula 1Islam di Malaysia untuk penyatuan umat Islam di negara kita ini? Pemimpin ligat dengan kepentingan politik masing-masing hinggakan agama juga turut dipolitikkan.Inilah dia Islam progresif,politik diasingkan dengan agama.Sepatutnya agama tidak boleh dipolitikkan tapi politik perlu diagamakan.Itu yang Rasulullah ajarkan kepada kita tapi mana pergi ajaran tersebut? Hilang entah ke mana semata-mata untuk kepentingan peribadi dan parti politik mereka.Subhanallah.Jauhnya kita meninggalkan ajaran Rasulullah tersebut.Inikah kita namakan negara Islam? Rasanya jauh sekali untuk itu.

Jadi kita fikirlah sendiri tentang penyatuan ini.Palestina masih lagi menangis,Islam perlu bersatu!Syiah dan Sunni perlu bersatu!Lupakan kepentingan peribadi tapi pentingkan agama itu yang utama. Saat Islam itu bersatu puak kuffar pasti takut dan itulah tanda kebangkitan Islam yang kami di sini tunggukan. Bangkitlah Islam!

Sesungguhnya anasir jahat itu sentiasa ada untuk memecahbelahkan Islam. Ahlulbait menjadi mangsa,Islam pula ternoda,umat pula semakian alpa maka rosak binasa iman di dada.

Moga Allah kurniakan hidayah. InsyaAllah.



p/s : tema bola sepak masih lagi ada dan semakin menggila bila Belanda bertemu Sepanyol.=)

08 Julai 2010

Kopitiam Ghadir-Faisal Tehrani

Bersempena laman baru saya ini,saya ingin berkongsi pengalaman saya bersama seorang rakan saya pada hari Ahad yang lalu.Pada hari tersebut kami berdua bercadang untuk pergi ke Kuala Lumpur untuk menonton sebuah teater berunsurkan islamik yang bertajuk Kopitiam Ghadir.Teater ini diarahkan oleh saudara Faizal Musa atau lebih dikenali sebagai Faisal Tehrani di kalangan peminat novel.

Novelis ini memang mempunyai idea-idea yang bernas untuk mengajak umat Islam di Malaysia ini mengenal dengan lebih dalam apa itu Islam yang sebenar.Dengan teater Kopitiam Ghadir ini pengunjung dapat memahami tema sebenar yang disampaikan secara lucu tapi penuh manfaat.

Kami berdua adalah penonton yang terakhir sekali hadir memandangkan teater
sudah bermula tatkala kami tiba.Walaupun kawasan teater hanya mengambil penjuru
sudut di dalam Muzium Telekom tapi isi yang disampaikan cukup padat.Amat rugi
bagi rakan-rakan yang tidak berpeluang menonton teater tersebut.Sungguh mengesankan!

Terus-terang saya sendiri rasa seperti ingin mengalir air mata tatkala pelakon-
pelakon menyanyikan lagu-lagu dari Revolusi Pembudayaan Selawat(RPS) yang memuji
Ahlulbait.Memang sangat mendalam lirik-lirik lagunya.

Teater yang berunsurkan musikal ini memang sangat menarik sambil membawa penonton
mengenal Ahlulbait.Saya telahpun dilabel oleh seorang sahabat saya sebagai seorang Syiah kerana mendukung Ahlulbait dan pertahankan Syiah(saya seorang sunni).Saya bangga untuk mengaku saya sebahagian dari Syiah dan saya juga seorang sunni.Saya rasa amat bersyukur kerana karya-karya Faisal Tehranilah yang banyak membimbing saya mengenal Syiah dan juga rakan yang bersama saya ke teater ini.Mereka inilah yang banyak membantu.

Teater ini membawa penonton menyelami peristiwa Ghadir Khum dan mengingatkan kepada
keluarga Nabi,Ahlulbait dengan penyampaian hadis-hadis dari Sunan Tirmidzi dan Musnad Imam Ahmad.

Jikalau boleh saya berharap ada pihak yang boleh membawa Kopitiam Ghadir ini ke IB satu hari nanti.Memang di situlah sepatutnya teater ini dipentaskan.Terima Kasih juga kepada Faisal Tehranidan RPS serta krew beliau kerana berjaya menjayakan teater ini.

Wassalam.